suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

New Zealand pinda undang-undang senjata api dalam tempoh 10 hari

Jacinda Ardern

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Isnin berkata, kabinet memutuskan untuk melakukan pindaan terhadap undang-undang senjata api dalam tempoh 10 hari, lapor agensi berita Xinhua.

Pembaharuan undang-undang senjata api itu dipersetujui oleh tiga parti perikatan iaitu Parti Buruh New Zealand, Parti Ulung New Zealand dan Parti Hijau, kata Ardern pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran mengenai pindaan yang bakal dilaksanakan itu.

Pada perkembangan berkaitan, Ardern berkata satu majlis berkabung peringkat kebangsaan susulan insiden serangan ke atas dua masjid di Christchurch yang menyaksikan 50 orang maut dan 50 lagi cedera akan diadakan secepat mungkin.

Katanya, sebuah pasukan penyiasat juga akan dibentuk bagi mengenal pasti punca serangan pengganas di Christchurch itu.

Senjata api, New Zealand

Artikel Lain