suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Tarrant kejar kemudian tembak kanak-kanak di jalan raya

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.

PENGGANAS yang menyerang dua masjid di Christchurch, New Zealand dilihat mengejar seorang kanak-kanak yang ketakutan di jalan raya selepas melepaskan tembakan ke arah jemaah ketika sedang solat Jumaat.

Kanak-kanak itu dipercayai maut selepas didakwa ditembak Brenton Tarrant, dalang utama serangan tersebut.

Sekurang-kurangnya 49 maut dalam insiden itu.

Kanak-kanak itu yang tidak dinamakan dibunuh selepas Tarrant melepaskan tembakan rambang dari sebuah masjid.

Mangsa ditembak bekas jurulatih gimnasium itu di jalan raya, kata seorang saksi kepada wartawan New Zeland Herald.

Saksi dilaporkan melihat mayat kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Terdahulu, seorang kanak-kanak dilaporkan berada dalam keadaan nazak selepas dia dan bapanya ditembak di Masjid Al Noor.

Kanak-kanak perempuan itu dilihat berada dalam pelukan bapanya yang mengalami kecederaan di luar masjid.

Salah seorang saksi, Carl Pamora berkata dia yang memandu melalui kawasan kejadian melihat ramai mangsa melarikan diri dan terdengar bunyi tembakan.

"Kami lihat ramai mangsa rebah. Mereka ditembak di hadapan kami," katanya. - Mirror.co.uk

serangan pengganas, Christchurch

Artikel Lain