suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah kecoh selepas ada lelaki mahu 'tikam' Tarrant

SEORANG individu tidak dibenarkan memasuki Mahkamah Daerah Christchurch kerana dipercayai mahu membunuh suspek serangan di dua buah masjid, Brenton Tarrant.

Namun identiti lelaki itu tidak didedahkan.

Keadaan itu menyebabkan mahkamah kecoh seketika.

Susulan itu kes perbicaraan tersebut terpaksa dilakukan secara tertutup untuk mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Tarrant yang juga warga Australia menolak untuk diwakili peguam.

Media berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

Suspek berusia 28 tahun itu didakwa atas pertuduhan membunuh.

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush memberitahu mahkamah bahawa siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan.

Tarrant akan direman sehingga April. Tiada permohonan ikat jamin dikemukakan.

Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Bekas jurulatih kesihatan itu pada masa lalu menyifatkan dirinya sebagai Mat Saleh biasa. - Mirror.co.uk

Christchurch, Brenton Tarrant

Artikel Lain