suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada sebab media NZ terpaksa kaburkan wajah Tarrant

Tarrant semasa didakwa di mahkamah.

WAJAH pengganas yang melakukan serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand terpaksa dikaburkan selepas diperintahkan hakim di negara itu.

Brenton Harrison Tarrant, 28, didakwa atas pertuduhan membunuh seramai 49 jemaah masjid.

Hakim Paul Kellar membenarkan wartawan untuk menggunakan kamera dan mengambil video tetapi wajah Tarrant perlu dikaburkan demi melindungi haknya bagi mendapatkan perbicaraan yang adil.

Kellar turut melarang nama suspek disebut sebagai tertuduh dalam insiden serangan yang mengorbankan 49 nyawa.

Tarrant membuat video 'live' insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Tarrant tidak memohon hakim menghalang namanya daripada disiarkan media, lapor penyiar stesen ABC Australia.

Bekas jurulatih kesihatan itu dijangka menghadapi pertuduhan tambahan manakala dua lagi suspek masih direman.

Insiden pembunuhan beramai-ramai itu mencetuskan kemarahan di seluruh dunia.

Dua masjid yang dipenuhi jemaah ketika solat Jumaat menjadi sasaran Tarrant.

Tarrant yang juga warga Australia ditahan semula dan akan dibicarakan di mahkamah sekali lagi pada 5 April depan. - Globalnews.ca

Brenton Tarrant, masjid, Christchurch

Artikel Lain