suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki lepaskan tembakan rambang, beberapa jemaah masjid maut

BEBERAPA jemaah dilaporkan maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

Insiden berlaku semasa orang ramai sedang bersiap untuk solat Jumaat.

Media tempatan melaporkan enam dilaporkan maut.

Bandar tersebut turut dikepung dan polis sedang menjejaki penembak berkenaan.

Masjid al Noor dipenuhi ramai jemaah termasuk pemain pasukan kriket Bangladesh.

Masjid Deans Ave.

Salah seorang saksi memberitahu Stuff.co.nz bahawa dia sedang menunaikan solat di masjid Deans Ave apabila terdengar bunyi tembakan.

Dia turut melihat mayat isterinya di lorong pejalan kaki ketika dia cuba menyelamatkan diri.

Seorang lagi saksi berkata dia melihat kanak-kanak turut ditembak.

"Terdapat mayat di sekeliling saya," katanya.

Menurut laporan, suspek memakai pakaian ala tentera. - The Star

jemaah, masjid

Artikel Lain