Mat Saleh Australia antara suspek tembakan rambang NZ - Dunia | mStar

Mat Saleh Australia antara suspek tembakan rambang NZ

Video menunjukkan suspek sebelum melancarkan serangan.

SEORANG suspek yang terlibat dengan insiden tembakan rambang di dalam sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dikenal pasti sebagai warga Australia.

Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengesahkan lelaki tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan.

"Pihak berkuasa Australia terlibat dan mereka akan meneruskan siasatan kes itu," katanya.

Terdahulu, video Facebook Live yang dimuatnaik oleh pengguna akaun "Brenton Tarrant 9" menunjukkan seorang lelaki bersenjata menyerang Masjid Al Noor.

Manifesto setebal 74 muka surat yang menjelaskan punca serangan itu dilakukan dipercayai ditulis suspek. Suspek kemudian menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki Mat Saleh (White Man) biasa berusia 28 tahun.

Suspek dilahirkan di Australia dan dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendapatan sederhana.

Suspek bersiap sedia untuk melakukan serangan.

Dalam manifesto tersebut, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Brenton Tarrant berkata dia hanya tiba di New Zealand untuk menetap sementara ketika dia merancang dan berlatih tetapi memutuskan untuk melancarkan serangan di sana.

Brenton juga tidak memaklumkan berapa lama dia tinggal di Australia.

Namun dia memberitahu melalui kehidupan kanak-kanak seperti biasa tetapi tidak mempunyai minat untuk belajar.

Menurut Brenton dia melancarkan serangan itu kerana mahu membalas dendam terhadap ribuan kematian disebabkan penceroboh asing.

Bekas penganalisis dara perisikan dan pertahanan Dr Paul G Buchanan berkata insiden itu adalah 'kes klasik ekstremisme sayap kanan."

Beliau memberitahu SBS News bahawa manifesto itu mengingatkannya tentang penganas Norway, Anders Behring Breivik. - SBS.com.au

Brenton Tarrant 9 , Facebook , masjid

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel