Korea gantung semua penerbangan libatkan Boeing 737 MAX

Foto AP

KOREA Selatan turut mengantung semua penerbangan keluar masuk membabitkan pesawat Boeing 737 MAX selama tiga bulan atas faktor keselamatan, lapor agensi berita Yonhap memetik Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan pada Khamis telah mengeluarkan arahan kepada Notice to Airmen (Notam) untuk memaklumkan perkara itu kepada juruterbang dan pengendali penerbangan.

"Notis Notam akan menyekat sebarang kemasukan pesawat Boeing 737 Max di ruang udara Korea sehingga notis selanjutnya dikeluarkan pihak berkuasa penerbangan," kata seorang pegawai kementerian ketika dihubungi.

Langkah itu ekoran dua nahas membabitkan pesawat terbabit, terbaru pada Ahad lalu menyaksikan Boeing 737 MAX milik Ethiopian Airlines terhempas dalam perjalanan ke Nairobi, Kenya, mengorbankan kesemua 157 penumpang. 

Ia nahas kedua selepas sebuah lagi pesawat dikendalikan Lion Air Indonesia terhempas pada Oktober.

Awal minggu ini, Eastar Jet berkata pihaknya akan menggantung dua pesawat B737 Max 8s.

Syarikat penerbangan tempatan lain yang telah menandatangani kontrak menempah B737 Max 8 tidak akan menggunakan pesawat terbabit dalam operasinya sehingga keselamatan terjamin.

Korean Air Lines Co. telah menempah 30 pesawat B737 Max 8, enam daripadanya dijadual dihantar tahun ini.Jeju Air Co. pula menempah 40 buah dengan penghantaran bermula 2022. T'way Air Co. menjangka empat pesawat akan dihantar tahun ini. - Bernama

Boeing 737 MAX

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain