suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kandang jadi umpan selamatkan anak harimau bintang jatuh telaga

Tangkapan skrin daripada video operasi menyelamat anak harimau bintang untuk keluar dari sebuah telaga di India. - UPI

PASUKAN penyelamat hidupan liar dipanggil ke sebuah kampung di India selepas menerima aduan daripada seorang petani.

Petani berkenaan menjumpai seekor anak harimau bintang yang terperangkap dalam telaga sedalam 7.6 meter.

Pasukan penyelamat tiba di kampung Pondvadi Lakhangaon di Manchar pada Rabu selepas petani tersebut menghidupkan motor pam dan menyedari tentang kehadiran harimau bintang berkenaan.

Sebuah video di tempat kejadian menunjukkan pasukan penyelamat menurunkan kandang ke dalam telaga itu dan cuba menarik perhatian harimau bintang tersebut untuk masuk ke dalamnya.

Pasukan penyelamat kemudian memberitahu bahawa harimau bintang tersebut akan dijaga oleh Jabatan Hutan (India) bagi memastikan ia sihat sebelum dilepaskan semula ke kawasan hutan. - UPI

harimau bintang, telaga

Artikel Lain