suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyaris maut gara-gara selfie di depan ombak setinggi 12 kaki

DETIK mencemaskan menyaksikan seorang lelaki sanggup menggadai nyawanya semata-mata untuk selfie di tepi tebing sempit.

Rakaman tersebut diambil di Scarborough, Timur Yoskshire dalam keadaan angin kencang dan laut bergelora dengan ombak setinggi 12 kaki.

Menurut jurugambar Michael Knaggs, hanya beberapa saat selepas berselfie, lelaki tersebut nyaris ditelan ombak besar.

Pengawal pantai Scarborough mengeluarkan amaran susulan insiden tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi pada 6 Februari lalu.

"Saya melihat ramalan cuaca dan jadual air pasang surut pagi itu dan tahu ombak besar pasti berlaku.

"Saya berada di sana apabila seorang lelaki berjalan ke kawasan tebing dan secara tiba-tiba berselfie berlatarbelakangkan ombak besar.

"Saya terkejut. Dua saat kemudian ombak besar datang dan saya fikir dia akan hilang dan saya sedia menghubungi pengawal pantai.

"Dia kemudian berjalan di sepanjang kawasan tebing pantai dan menghilangkan diri. Cuaca amat sejuk dan berangin ketika itu.

"Jika dia ditelan ombak besar itu, saya yakin dia tidak akan selamat," kata Knaggs.

Kajian global tahun lalu mendedahkan 259 maut selepas berselfie antara 2011 dan 2017.

Insiden kematian berkaitan selfie di United Kingdom menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini. - Metro.co.uk

selfie, ombak

Artikel Lain