suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Kuil alien' didakwa dilihat di Marikh dalam foto diambil NASA

-foto UFO Sightings Daily

LAIN hari, lain dakwaan tentang penampakan di Marikh.

Kali ini, ahli teori konspirasi mendakwa mereka telah melihat sebuah kuil makhluk asing di planet merah itu dalam foto yang diambil oleh pasukan perayau Curiosity Rover NASA.

Scott Waring, yang menulis untuk 'UFO Sightings Daily', mendakwa kuil itu dapat dilihat 'di kejauhan' dalam satu foto terkini.

Dia menjelaskan: "Struktur itu mempunyai lima atau lebih tingkat, setiap satunya lebih kecil berbanding yang sebelumnya. Tingkat paling atas adalah yang tertinggi.

"Struktur utama di bahagian paling atas kelihatan seperti piramid dengan puncaknya mendatar. Setiap tingkat juga mempunyai permukaan rata supaya seseorang atau sesuatu dapat berjalan di atasnya."

-foto UFO Sightings Daily

Waring juga menambah bahawa dia percaya Curiosity Rover NASA tidak mahu melakukan siasatan lanjut terhadap kuil berbentuk candi itu.

"Saya percaya kapal perayau itu tidak akan menyiasatnya kerana misi sebenar NASA adalah memberikan maklumat awam yang membosankan mengenai ruang angkasa supaya dapat memuaskan hati mereka, tetapi membuatkan orang ramai dalam kegelapan tentang sifat sebenar permukaan Marikh." -Mirror

Marikh, alien, kuil, konspirasi

Artikel Lain