suria

Penduduk saksi detik cemas rambut wanita tersangkut di tingkap sebelum jatuh bangunan

Alem Shimemi jatuh pada ketinggian 100 kaki.

RAMBUT seorang wanita berusia 30 tahun sempat tersangkut pada sebuah bangunan selama beberapa saat sebelum dia akhirnya jatuh dan mati.

Alim Shimemi jatuh pada ketinggian 100 kaki ke tanah di sebuah estet di Glasgow, Scotland selepas dikatakan keluar dari tingkap.

Seorang lelaki dilihat berlari dari blok sejurus selepas insiden yang mengerikan itu, sekitar 5.15 petang Isnin berlaku, The Sun melaporkan.

Lelaki itu ditahan oleh saksi sehingga polis tiba.

Salah seorang saksi yang tinggal di blok bersebelahan memberitahu Daily Record: "Saya dapat dengar jeritan kuat, saya pergi ke tingkap dan nampak wanita itu bertahan dengan rambutnya.

“Dia tidak terus terjatuh, kerana dia berusaha sedaya upaya untuk menahan diri tepi tingkap dan dia mencakar dinding dengan kakinya, cuba bertahan agar dirinya tidak jatuh.

Seorang lelaki cuba melarikan diri dari flat selepas Elem jatuh. - The Sun

Tidak jelas sama ada lelaki itu mempunyai kaitan atau kenalan Shimemi.

Shimemi digambarkan sebagai seorang yang mengagumkan oleh rakan-rakannya di gereja. Pihak gereja juga cuba mengatur untuk menghantar mayatnya kepada keluarganya di Eritrea.

Polis kini memanggil saksi untuk tampil ke hadapan, tetapi mengesahkan tiada tuduhan dibuat setakat ini.

Polis Scotland mengesahkan bahawa kematiannya dianggap sebagai mencurigakan.

Inspektor Detektif Aileen Boyle berkata: 'Ini adalah kawasan yang sangat sibuk dan saya yakin ada orang yang mungkin menyaksikan insiden ini yang belum tampil kepada polis. 

Butiran yang mereka ada mungkin penting bagi siasatan ini dan saya akan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi kami secepat mungkin.” - The Sun

jatuh bangunan

Artikel Lain