Sumber istana dedah ‘baby shower’ Meghan bernilai lebih RM2 juta

Foto Reuters

MEGHAN MARKLE memecah tradisi diraja Britain dengan menganjurkan baby shower di New York.

Majlis itu dianggarkan bernilai sekitar RM2.03 juta dan ia turut dihadiri oleh bintang terkemuka, menurut sumber dalaman istana.

Bekas butler Puteri Diana, Paul Burrell, mendedahkan mengapa sambutan baby shower Duchess of Sussex itu menjadikannya kelihatan lebih seperti Kim Kardashian berbanding seorang kerabat diraja.

"Saya rasa Putera William akan marah dengan sikap boros Meghan dan baby shower tersebut kelihatan sangat 'selebriti' berbanding 'diraja'.

"Putera William selama bertahun-tahun bekerjasama dengan pihak media untuk memberi apa yang mereka mahukan, tetapi dia juga ingin mendapatkan privasi sebagai balasan.

"Meghan melakukan apa yang tidak Putera William lakukan. Meraih perhatian orang ramai terhadap diri sendiri dan bayinya.

Putera Harry dan Meghan ketika bertemu Putera Mahkota Moulay Hassan di Royal Residence di Rabat, Maghribi. - Foto AP

"Sudah tentu, baby shower bukanlah tradisi British, tetapi ia tradisi orang Amerika. Walaupun Kate turut mengadakannya untuk George, majlis itu sangat tertutup.

"Walaupun Putera William bergaul dengan selebriti ternama, tetapi dia tidak pernah membawa mereka pulang ke rumah.

"Mereka bukanlah kawan-kawannya, tetapi hanya sekadar selalu bekerjasama," lapor News AU.

Ratu Elizabeth selalu berkata: "Kita bukan selebriti, untuk menjadi kerabat diraja adalah sesuatu yang sangat berbeza."

Anda tidak mungkin akan melihat sikap sebegitu datang daripada keluarga Cambridge.

Mereka adalah orang Britain dan sangat menjaga kelakuan.

Meghan Markle

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain