suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang tertidur ketika terbangkan pesawat

SEORANG juruterbang pesawat China Airlines dirakam tertidur di dalam kokpit ketika pesawat dikendalikannya berada pada ketinggian 35,000 kaki.

Video berdurasi 30 saat itu yang dipercayai dirakam pembantu kepada juruterbang pesawat jenis Boeing 747 itu.

Juruterbang itu yang dikenal pasti sebagai Weng Jiaqi merupakan pegawai kanan untuk China Airlines dan mempunyai hampir 20 tahun pengalaman.

Video itu tersebar beberapa hari selepas juruterbang China Airlines menamatkan mogok selama tujuh hari berkaitan isu keletihan juruterbang dan waktu kerja yang panjang.

Tidak dapat dipasti tarikh sebenar insiden itu berlaku tetapi China Airlines berkata video itu dirakam sebelum mogok baru-baru ini.

Weng dikatakan sebagai salah seorang juruterbang senior yang pernah mengendalikan pesawat Boeing 747 ke Tokyo, Okinawa, Seoul dan Hong Kong.

Dia juga merupakan pengajar bahagian simulasi di Pusat Latihan Penerbangan China Airlines.

Menurut laporan media tempatan, Weng telah dikenakan tindakan disiplin oleh majikannya kerana melanggar garis panduan keselamatan penerbangan.

Malah, pembantunya turut dikenakan hukuman atas kesalahan tidak mengejutkan juruterbang tersebut. - Dailymail

juruterbang, tidur

Artikel Lain