Umur belum masuk tiga tahun tapi sudah melancong ke 24 negara - Dunia | mStar

Umur belum masuk tiga tahun tapi sudah melancong ke 24 negara

Eric turut melancong ke sebuah kawasan pelancongan terkemuka iaitu pantai berpasir merah murah di Kepulauan Caribbean.

SEORANG kanak-kanak lelaki sudah melancong ke lima benua dan 24 negara pada usia kurang tiga tahun.

Alina dan Andrei Ceclan dari Cluj, Napoca, Romania berkata mereka mula menggembara ke seluruh dunia bersama anak lelaki mereka berusia dua tahun setengah pada Jun tahun lalu.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Eric mengatasi kebanyakan orang dewasa dengan melawat beberapa kawasan tarikan pelancong termasuk kuil Machu Pichu di Thailand dan Ruang Udara Kennedy di Florida.

Dia juga mengabadikan beberapa gambar kenangan berlatarbelakangkan pantai berpasir merah muda di Bonaire, Kepulauan Caribbean dan candi Chichen Itza di Mexico.

Alina dan Andrei masing-masing merupakan bekas pengurus kewangan dan doktor gigi berkata mereka mahu melancong bersama Eric kerana mereka sudah meluangkan terlalu banyak masa dengan orang lain.

Eric mula dibawa ibu bapanya pergi bercuti sebaik dia dilahirkan.

"Kami suka melancong dan cuba melawat beberapa tempat baharu setiap kali pergi bercuti.

"Mempunyai anak bukan satu sebab untuk mengubah gaya hidup kami. Kami hanya mahu menyesuaikan perancangan pengembaraan kami.

"Kami bermula dengan percutian pendek apabila dia dilahirkan dan kemudian 'road trip' selama tiga minggu di Itali selepas dia berusia enam bulan.

"Kami mempunyai pengalaman manis melancong bersama-sama yang menggalakkan kami untuk terus berbuat demikian.

"Kami bosan dengan rutin sama dan benci dengan hakikat dia menghabiskan lebih banyak masa dengan orang lain berbanding kami," kata Alina.

Tiga beranak itu berjaya memenuhi rancangan mereka dengan mendapatkan tiket murah atau tempat penginapan percuma dengan membuat ulasan.

Eric bersama ibu dan bapanya.

Mereka juga menggunakan pengangkutan awam dan makan dimana sahaja.

Terbaru, keluarga itu berada di Singapura dan merancang untuk terus melancong sehingga Eric mula bersekolah.

Alina berkata dia mahu menggalakkan ibu bapa supaya melancong bersama anak-anak tanpa mengira usia mereka.

"Terdapat banyak salah faham yang sukar atau berbahaya kerana mereka tidak akan ingat apa-apa.

"Anda tidak memahami kesan positif melancong kepada anak kecil dan seluruh keluarga sehinggalah anda melihatnya sendiri," kata Alina. - Mirror.co.uk

Eric , melancong