suria

Tujuh anak pelarian Syria maut dalam kebakaran, bapa kritikal di hospital

Mereka sekeluarga merupakan pelarian perang dari Syria. - Canadian Press/REX/Shutterstock

TUJUH kanak-kanak maut dalam kebakaran rumah yang juga menyebabkan bapa mereka berada dalam keadaan kritikal.

Kebakaran itu berlaku di rumah keluarga Barho di Halifax, Kanada pada awal pagi Selasa.

Jiran-jiran mendengar bunyi bising dan jeritan dari kediaman tersebut.

Bapa mereka, Ebraheim cedera parah kerana cuba menyelamatkan anak-anaknya yang berusia antara empat bulan dan 15 tahun.

Sementara ibu kanak-kanak terbabit, Kawthar berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan dan kini dalam kesedihan di hospital.

Keadaan rumah keluarga tersebut yang hangus terbakar. - Mirror

Anak-anak yang terkorban itu ialah Ahmed, 15, Rola, 12, Mohammed, 10, Ghala, 8, Hala, 4, Rana, 3, dan Abdullah, empat bulan.

Keluarga itu melarikan diri dari perang di Syria dan mencari perlindungan di Kanada pada September 2017.

Mereka merancang untuk berpindah ke kawasan lain dalam masa seminggu dan anak-anak mereka tidak sabar untuk masuk ke rumah baharu.

Kebakaran tersebut masih dalam siasatan, namun difahamkan sebuah pemanas di bilik keluarga berkenaan meletus.

Kawthar dikatakan memberitahu rakan-rakannya bahawa terdapat masalah dengan pemanas dan pernah cuba untuk membaikinya sebelum ini. - Mirror UK

pelarian Syria

Artikel Lain