suria

Suami keluar melepak sampai lupa burger yang dipesan, balik rumah isteri minta cerai

-foto Alamy

SEORANG wanita memfailkan perceraian selepas suaminya terlupa tentang makan malamnya.

Dalam kejadian di Abu Dhabi, wanita Arab berusia 20-an itu tinggal sendirian di rumah sementara suaminya keluar melepak dengan beberapa kawannya di padang pasir, lapor Al Bayan.

Leka bersama rakan menyebabkan suaminya terlupa untuk mengambil pesanannya iaitu hidangan burger dari sebuah restoran makanan segera.

Apabila dia pulang ke rumah pada jam 3 pagi tanpa membawa makanan yang dipesan, pasangan itu bergaduh dan akhirnya wanita berkenaan keluar dari rumah.

Menurut peguam Hasan Al Mazrooqi, pasangan perlu dididik untuk mempunyai harapan yang realistik terhadap kehidupan selepas perkahwinan.

Menjadi seorang yang realistik akan menyelamatkan pasangan daripada pergi ke mahkamah untuk menamatkan rasa tidak puas hati dalam perkahwinan, tambahnya.

"Undang-undang menetapkan bahawa jika tidak ada kemudaratan peribadi, pasangan akan dirujuk kepada hakim yang akan cuba membantu mereka menyelesaikan masalah. Jika isteri tetap mahu bercerai, mas kawin perkawinan akan dibatalkan." -Khaleej Times

burger, cerai, janda, makan malam

Artikel Lain