suria

Tak berhenti main 'game', ibu terpaksa datang kafe suap anak makan

Lilybeth dilihat menyuap makanan kepada anaknya yang dipercayai ketagih permainan video.

SEORANG ibu dirakam sedang menyuap makanan kepada anak lelakinya yang enggan berhenti bermain permainan video selama 48 jam.

Rakaman video itu yang dipercayai diambil dari sebuah kafe internet di Filipina menunjukkan remaja lelaki berusia 13 tahun itu hanya fokus kepada skrin komputer meskipun disuapkan makanan oleh ibunya.

Lilybeth Marvel, 37, berkata, dia bimbang dengan keadaan anaknya sehingga memaksanya untuk menghantar sarapan kepadanya di sebuah kafe di Nueva Ecija.

"Kasihannya anak saya... nah, makan sekarang.

"Anda mempunyai banyak wang, ia mungkin ambil masa sehingga esok untuk anda pulang ke rumah.

Lilybeth berkata dia tiada pilihan melainkan terpaksa menghantar makanan kepada anaknya di sebuah kafe.

"Adakah anda masih perlu kencing? Saya kasihan dengan anak saya.Tapi keadaannya amat menjengkelkan," kata Lilybeth.

Wanita tersebut turut bertanya kepada anaknya itu sama ada dia mahu makan vitamin yang turut dibekalkan neneknya.

Remaja itu berhenti sekolah supaya ibu bapanya boleh menangani masalah dia ketagih permainan video.

Kini ibunya turut meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi tip bagi menangani masalah anaknya itu.

Ditanya mengapa dia membawa sarapan pagi ke kafe tersebut, Lilybeth berkata:"Saya sering berleter mengenai permainan video tetapi ia tidak berkesan.

"Jadi saya cuba pendekatan berbeza," katanya. - Mirror.co.uk

permainan video, suap, makan

Artikel Lain