suria

Personaliti TV berdepan denda lebih RM11,000 kerana makan katak

Foto Getty

BEKAS anggota Khidmat Khas Udara (SAS) hidup dengan penari Amerika Syarikat, Derek Hough berhampiran pergunungan Rila di Bulgaria ketika beliau menangkap seekor katak dan memasaknya di atas unggun api sebelum memakan katak tersebut.

Kementerian Alam Sekitar Bulgaria berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan minggu ini: "Ia adalah bukti daripada rakaman bahawa semasa penggambaran dibuat, terdapat pelanggaran peraturan di kawasan yang dilindungi.

"(Ini termasuk) memasuki dan berenang di lembangan Tasik Karakashevo, menyalakan api, menangkap dan membunuh binatang."

Syarikat pengeluaran siri itu berdepan denda sehingga €5,000 (RM23,109), manakala personaliti televisyen Bear Grylls dan Hough secara peribadi boleh didenda antara €250 hingga €2,500 (RM1,155 hingga RM11,554)

Daripada 172 jenis vertebrata yang tinggal di Rila, 121 daripadanya didaftarkan dalam Senarai Merah Spesies Terancam Bulgaria, dan 158 pula disenaraikan di bawah Konvensyen Majlis Bern Eropah.

Grylls dikenali kerana kebolehannya mencari makanan di mana sahaja beliau pergi.

Ketika ditanya oleh Daily Telegraph untuk menamakan perkara yang paling teruk yang pernah dimakannya, Grylls menjawab: "Mungkin buah zakar kambing yang mentah.

"Ia tidak betul-betul cair di mulut dan saya muntah serta-merta selepas itu." - Daily Star

Bear Grylls

Artikel Lain