suria

Lelaki bunuh ibu sendiri sebelum cincang, masak dan makan bersama anjing peliharaan

SEORANG lelaki membunuh dan mencincang tubuh ibunya sebelum dijadikan hidangan.

Alberto Sanchez Gomes,26, membuat pengakuan kepada detektif ketika mereka pergi ke rumah keluarganya untuk mencari seorang wanita yang juga ibu kepada lelaki itu, Maria Soleded Gomez.

Polis terkejut menemui beberapa bahagian badan wanita berusia 66 tahun dalam lebih kurang enam beg plastik sampah di sebuah flat berhampiran Madrid.

Sanchez dituduh membunuh ibunya dan selepas itu dia memasak beberapa bahagian badan wanita itu.

Lelaki itu didakwa memotong bahagian badan ibunya dan kemudian merebus dan memasak, manakala bahagian usus dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut laporan media di Sepanyol, badan ibunya itu telah dipotong dengan saiz kecil lebih seribu bahagian.

Bekas pelayan itu dikatakan banyak memberi masalah kepada keluarganya selepas menjadi penganggur dan penagih dadah.

Dia juga didakwa sentiasa menghabiskan masanya di bangku di sebuah taman berdekatan rumahnya.

Polis belum menjelaskan butiran lengkap tarikh kematian ibu Sanchez dan disyaki dia dibunuh bulan lalu.

Bagaimana pun, jiran mendakwa mereka ada melihat mangsa minggu lalu.

"Pegawai polis juga turut menemui beberapa bahagian badan disimpan di dalam bekas makanan.

"Mangsa didapati hilang sejak sebulan lalu." - mirror.co.uk

Bunuh ibu, masak

Artikel Lain