suria

Cara lukis tanda 'X' paling betul cetus perbalahan di Twitter

Gambar hiasan. - Foto Pixabay

MEDIA sosial sering menjadi medan untuk pelayar internet menyuarakan pendapat masing-masing dan ada kalanya mereka berbalah tentang perkara yang remeh.

Pada hujung minggu lalu, perdebatan tentang cara menulis 'X' tercetus di Twitter dan sebuah diagram yang menunjukkan lapan cara untuk melakukannya turut dimuat naik oleh seorang pelukis.

Artis dari Philadelphia, Amerika Syarikat Sixers Smasey melukis grafik itu dan bertanya kepada pengikutnya di Twitter tentang kaedah yang mana paling disukai mereka.

Soalan mudah itu kemudiannya bertukar rumit kerana rata-rata mereka yang bertutur bahasa Inggeris berpendapat bahawa hanya ada satu cara untuk melukis 'X'.

Lucunya, mereka tidak dapat bersepakat tentang cara yang mana satu paling betul.

Diagram yang dimuat naik oleh Sixers.

Sixers menulis: "... Ini sangat menarik untuk saya - cara manakah yang anda gunakan untuk melukis X? Garisan berwarna adalah garisan pertama."

Setiap satu daripada lapan cara itu menunjukkan nombor garisan pertama dan kedua untuk melakar 'X'.

Seorang pelayar Twitter menulis: "8 adalah cara paling betul."

Manakalan seorang lagi menulis: "7 adalah satu-satunya cara."

Selepas diagram itu mencetuskan ketegangan di media sosial, Sixers menyedari bahawa penduduk Amerika lebih memilih cara 7 dan 8, manakala orang Britain pula cenderung memilih cara 5 dan 6.

Artis itu membuat kesimpulan bahawa perbezaan tersebut mungkin disebabkan cara mereka diajar menulis di negara masing-masing. - Daily Mail

Tanda 'X'

Artikel Lain