Anak imigran umum tanding Presiden AS - Dunia | mStar

Anak imigran umum tanding Presiden AS

SENATOR Kamala Harris berhasrat menjadi wanita berketurunan Afrika pertama menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).

Warga AS itu mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden sebagai calon parti Demokrat.

"Ibu bapa saya aktif dalam pergerakan hak asasi sivil dan ia menjadi kebiasaan bagi saya untuk mendengar apa yang mereka perkatakan mengenainya," katanya yang baru menghasilkan biografi bertajuk "The Truths We Hold: An American Journey".

Bapanya adalah imigran dari Jamaica , manakala ibunya pula dari India.

Harris pernah dilantiks sebagai pendakwaraya daerah San Francisco antara 2004 hingga 2011, sebelum ke pejabat peguam negara California pada 2011 hingga 2017.

Seterusnya beliau mengangkat sumpah sebagai senator muda AS pada Januari 2017.

Selain Harris, beberapa tokoh lain turut menawarkan diri bagi mewakili parti Demokrat untuk menentang Presiden Donald Trump.

Calon lain berkenaan adalah Senator Elizabeth Warren dari Massachusetts; anggota Kongres dari Hawaii, Tulsi Gabbard; Senator Kirsten Gillibrand dari New York dan bekas setiausaha perumahan, Julian Castro.

Kesemua mereka bakal bertanding sebelum dipilih sebagai calon parti Demokrat dalam pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada 2020. -Jakarta Post

Kamala Harris , presiden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Artikel Lain