Putera William pernah bertengkar dengan kakak tiri gara-gara rumahtangga ibu bapanya hancur - Dunia | mStar

Putera William pernah bertengkar dengan kakak tiri gara-gara rumahtangga ibu bapanya hancur

Laura (kiri) merupakan kakak tiri kepada William. - Foto Getty Images

PUTERA William dikaitkan pernah bergaduh dengan kakak tirinya, Laura Lopes ketika mereka masih kecil.

Seorang penulis diraja, Katie Nicholl berkata, William dan anak perempuan Camilla bertengkar ketika mereka menjadi sebuah keluarga pada 1998.

"William dan Laura pernah bergaduh teruk kerana saling menuduh tentang keretakan rumah tangga ibu bapa masing-masing," tulis penulis tersebut dalam bukunya yang berjudul Harry dan William.

"William menyalahkan Camilla di atas segala penderitaan yang dialami oleh ibunya dan hal itu telah menyebabkan Laura mengamuk.

"Laura tidak setuju dengan tuduhan itu dan membalas dengan mengatakan bapa William telah merosakkan hidupnya.

"Apabila Charles menghubungi Camilla di rumah keluarga mereka di Wiltshire, Laura akan mengangkat panggilan itu dan menjerit 'kenapa kamu tidak berhenti menelefon ibu dan jangan ganggu keluarga kami.'

"Dia tidak kisah bahawa orang berada di taliah itu ialah Putera Charles. Dia menyalahkan bapa William kerana menghancurkan rumah tangga ibu bapanya dan tidak takut untuk mengatakannya kepada putera tersebut.

Namun, hubungan antara William, Laura dan abangnya Tom semakin akrab ketika mereka membesar.

Charles, 70, bertemu Camilla buat kali pertama pada 1970-an dan berpisah dengan Puteri Diana pada 1992 sebelum memfailkan penceraian pada 1996.

Camilla pula pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas tentera British, Andrew Parker Bowles pada 1973, iaitu pada usia 25 tahun.

Charles dan Camilla kemudian berkahwin pada 2005 selepas lapan tahun Puteri Diana meninggal dunia dalam sebuah kemalangan tragis di Paris. - Mirror UK

Putera William

Artikel Lain

Ratusan hadiri pengebumian Faziani