suria

Getah kepala kesan tahap fokus belajar diperkenal di China

GETAH kepala khas yang berupaya membaca isyarat otak telah dicuba ke atas ribuan pelajar di China bagi mengukur tahap tumpuan mereka di sekolah.

Menurut syarikat teknologi dari Amerika Syarikat (AS) BrainCo yang mencipta getah kepala itu, ia tidak lama lagi akan digunakan ke atas jutaan pelajar di negara China.

Syarikat yang berpangkalan di Massachusetts itu berkata, getah kepala yang digelar Focus 1 itu bakal membantu guru mengesan murid yang memerlukan lebih perhatian dan pertolongan.

Namun, sebilangan saintis neuro mempersoalkan penggunaan getah kepala tersebut dan turut mempertikaikan keberkesanannya.

Getah kepala itu menggunakan pengesan electroencephalography (EEG) yang mencerap aktiviti minda sewaktu ia dipakai.

Menerusi percubaan baru-baru ini, ia dipakaikan kepada 10,000 pelajar berusia antara 10 hingga 17 tahun.

Apabila dipakaikan kepada murid, guru akan membuat semakan menerusi aplikasi yang menerima maklumat daripada getah kepala berkenaan.

Warna isyarat lampu yang berbeza di getah kepala itu juga menandakan tahap konsentrasi yang berbeza-beza, antara pelajar.

"Sasaran pertama kami ialah 20,000 getah kepala. Ia akan digunakan untuk 1.2 juta pelajar," ujar pengasas BrainCo, Bincheng Hang. -

The Indipendents.

 

Getah Kepala, BrainCo

Artikel Lain