Seviyeli Roumeli Hissar 1453 bukan calang-calang nama - Dunia | mStar

Seviyeli Roumeli Hissar 1453 bukan calang-calang nama

SEMARANG: Seorang bayi di Purworejo, Jawa Tengah memiliki nama yang sangat unik.

Bayi perempuan berusia tujuh bulan itu diberi nama Seviyeli Roumeli Hissar 1453 oleh ibu bapanya.

Seviyeli adalah cahaya mata pertama pasangan Hartadi Sudrajat, 41 dan Imah Suciyati, 29.

Hartadi berkata, nama tersebut bukan direka secara suka-suka, sebaliknya ia mempunyai makna tertentu.

"Seviyeli dalam bahasa Turki bermaksud bijaksana, manakala Roumeli Hissar pula sebuah benteng yang terdapat di Istanbul.

"Selain itu, angka 1453 adalah tahu kejayaan tentera Islam yang dipimpin Muhammad Al-Fatih (Sultan Mehmed 11) menakluk Kota Konstantinopel," katanya.

Katanya lagi, dengan nama tersebut beliau berharap anak perempuannya mampu menjadi anak solehah, bijaksana dan kental seperti benteng di Turki dan memiliki keperibadian seperti Muhammad Al-Fatih.

Beliau mengakui pada awalnya mereka berdepan kesukaran untuk mendaftar nama berkenaan.

Tambahnya, pihak Jabatan Pendaftaran terpaksa berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri sebelum meluluskan nama unik tersebut.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan, Suciyati berkata, pada mulanya beliau agak janggal dengan nama tersebut.

"Pada awalnya terasa pelik. Tapi nama itu juga satu doa, biarpun kedengaran pelik tapi ia memiliki tujuan  yang baik," katanya.-News.detik.com










Hissar , Semarang , Hartadi

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain