suria

iPhone guna kabel pengecas sama seperti telefon Android tidak lama lagi

FOTO: The Indipendent

PASTI ada dalam kalangan anda yang pernah berhadapan dengan situasi tertinggal kabel pengecas telefon bimbit.

Lebih teruk, anda yang memiliki iPhone tidak boleh meminjam kabel pengecas daripada pengguna telefon Android disebabkan jenisnya yang tidak sama.

Namun, satu laporan terbaharu mengatakan pengeluar iPhone iaitu Apple bakal membuat perubahan besar mengenai produk kabel pengecas mereka.

Syarikat itu dikhabarkan akan menggunakan kabel USB-C, kabel yang sama seperti pengguna Android, tidak lama lagi.

Jika perubahan itu benar-benar berlaku, ia sekaligus bakal mengubah jenis kabel pengecas buat pengguna iPhone akan datang.

USB-C merupakan kabel pengecas atau input USB yang banyak digunakan untuk telefon Android dan komputer riba.

Antara telefon pintar yang turut menggunakan USB-C ialah Samsung Galaxy S9, Google Pixel 3, Razer Phone 2 dan OnePlus 6.

iPAd Pro terbaharu keluaran Apple juga sudah menggunakan kabel pengecasan jenis ini.

USB-C dilancarkan pada 2014 dan menjadi pengecas utama untuk banyak jenis gajet. - Daily Mail.

Apple, Andoid, iPhone, USB-C

Artikel Lain