Netizen tersentuh, wanita terima surat beranak, sijil kematian suami pada hari yang sama - Dunia | mStar

Netizen tersentuh, wanita terima surat beranak, sijil kematian suami pada hari yang sama

Gambar hiasan. -fotoREUTERS

DALAM satu situasi, seorang wanita Arab Saudi menerima sijil kelahiran anak perempuannya yang baru lahir dan sijil kematian suaminya pada hari yang sama.

Ia berlaku pada tanggal 4 November 2018.

Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan, Umm Lutein keliru sama ada mahu meraikan kelahiran bayi perempuannya atau mahu meratapi kematian suaminya.

Pengguna media sosial sangat tersentuh dengan nasib yang dialaminya selepas kisah ini tersebar .

Sijil kematian suami Umm Lutein.

Suaminya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Dia yang mati otak ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selama beberapa hari sebelum meninggal dunia akibat kecederaannya.

Pada masa yang sama, bapa saudara kepada bayi yang baru lahir itu menerima sijil kelahiran bayi perempuan itu.

Surat beranak yang tular.

Ini bermakna, Lutein menerima kedua-dua sijil pada hari yang sama.

Wanita itu berkata suaminya telah dibuang dari perkhidmatan tentera, justeru dia tidak akan menerima Pencen Insurans Sosial.

Dia berharap dapat menghabiskan pengajiannya dalam PhD. -Khaleej Times

surat beranak , sijil mati

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain