Maut terjatuh ketika suami rakam aksi lompat di pinggir tebing - Dunia | mStar

Maut terjatuh ketika suami rakam aksi lompat di pinggir tebing

Jolandi dan suaminay sering berkunjung ke kawasan tebing itu untuk aktiviti mendaki dan berbasikal. Foto Facebook/Mirror Online

SEORANG wanita maut terjatuh dari pinggir tebing selepas dia melompat untuk aksinya dirakamkan suaminya.

Ketika kejadian, pasangan itu menyambut hari ulang tahun mangsa yang berusia 31 tahun.

Jolandi le Roux bersama suaminya, Andrew berkunjung ke kawasan perkelahan di Cape Town, Afrika Selatan pada Ahad lalu.

Jolandi mahu suaminya merakamkan aksinya seolah-olah melompat di atas matahari.

Pasangan itu sering berkunjung ke kawasan berkenaan apabila mereka berkahwin di pantai di bawah tebing itu, September lalu.

Dipercayai mereka tidak mempedulikan tanda amaran dengan melangkah pagar besi untuk pinggir tebing.

Jolandi hilang imbangan sewaktu melakukan aksi lompatan sebelum terjatuh ke tepi pinggir tebing yang curam.

Jolandi maut terjatuh dari ketinggian kira-kira 150 meter selepas bergambar dengan aksi melompat di pinggir terbing. Foto Facebook/Mirror Online

Memetik laporan The Sun, Andrew, 33, cuba untuk turun sejauh 100 meter ke bawah tebing tetapi tidak dapat mendekati isterinya yang terjatuh kerana keadaan yang curam.

Pasukan penyelamat mengambil masa tiga jam untuk mendapatkan mayat Jolandi, dan tiga jam lagi bagi membawanya naik ke atas tebing.

Anggota paramedik, Henry Barlow berkata, Andrew membahayakan nyawanya untuk menyelamatkan isterinya kerana ia boleh membawa maut sekiranya dia terus melakukannya.

Jolandi maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. - Mirror Online

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta