Budak ini popular di Jepun, Korea kerana dia adalah lelaki... tulen! - Dunia | mStar

Budak ini popular di Jepun, Korea kerana dia adalah lelaki... tulen!

SEORANG budak lelaki dari Jepun mendapat perhatian di negaranya dan di Korea Selatan gara-gara penampilan dan suaranya yang feminin.

Kemunculan Idegami Baku, 15, mula disedari akhir bulan lalu, ketika dia menjadi finalis dalam pertandingan bakat popular di Jepun, JUNON Super Boy.

Dianjurkan oleh majalah hiburan terkenal JUNON, pertandingan Super Boy membuka peluang kepada golongan lelaki berumur antara 13 hingga 28 tahun untuk mencapai impian mereka menjadi penyanyi, pelakon dan bintang televisyen.

Baku tidak menang pertandingan itu, tetapi jika mengambil kira perhatian dan populariti yang diterimanya dalam talian sejak beberapa minggu lalu, masa depannya dalam bidang hiburan dilihat cerah.

Mungkin bakatnya tidak terserlah untuk layak ke peringkat akhir JUNON Super Boy, tetapi orang ramai masih tidak boleh berhenti bercakap tentang penampilannya.

Baku lebih kelihatan seperti seorang gadis berbanding seorang remaja lelaki dan suaranya juga seperti perempuan.

Gambar-gambar Baku tular di media sosial, baik di Jepun dan Korea Selatan, membuatkan ramai yang terlopong apabila mengetahui dia adalah lelaki.

Malah ada yang berpandangan sifat feminin Baku lebih terserlah berbanding sesetengah gadis tulen.

Kisah ini juga menimbulkan perdebatan hangat dalam talian yang mana Baku juga menulis di Twitter untuk mengesahkan bahawa dia memang seorang lelaki.

"Saya seorang lelaki," tulisnya di sebelah beberapa gambarnya yang paling popular.

Walau tidak menang, Baku telah memenangi anugerah khas semasa pertandingan JUNON Super Boy dan dia adalah peminat bola tampar.

Selepas akaun Twitter lamanya diperiksa, memang benar dia sudah lama mempunyai ciri-ciri feminin, jadi penampilannya sekarang kemungkinan besar bukan hasil pembedahan plastik. -Oddity

Idegami Baku , feminin

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu