suria

Terkejut lihat matahari kedua, ahli teori dakwa ia Planet Nibiru

Rakaman planet berkenaan yang dimuat naik ke Internet. FOTO: The TR3b Black Manta

MENERUSI satu video tular, seorang lelaki sedang membuat rakaman matahari terbenam sebelum dia terlihat satu lagi objek yang turut kelihatan seperti matahari.

Dalam rakaman itu, matahari sedang terbenam dan ia disaksikan beberapa individu yang berada di sebuah pantai.

Namun, kehadiran satu lagi objek yang didakwa planet itu ternyata menimbulkan persoalan ramai.

Menurut individu yang memuat naik video berkenaan ke saluran The TR3b Black Manta, objek berkenaan adalah Planet X atau Nibiru.

Beberapa individu yang menyaksikan kejadian tersebut.

Nama planet berkenaan sebelum ini pernah menjadi bualan hangat setelah kewujudannya diperkatakan oleh beberapa ahli teori.

Kata mereka, planet itu memasuki ruang angkasa dan bakal melanggar bumi sehingga menghapuskan seluruh manusia.

Menurut ramalan, ia dikatakan akan melanggar bumi pada 2017. Namun, ramalan itu ternyata meleset.

Baru-baru ini, satu cahaya seperti api di sebalik awan dikesan di Amerika Syarikat (AS), sekitar Oktober lalu.

Cahaya berkenaan turut dikaitkan dengan planet Nibiru yang turut disifatkan seperti matahri kedua. - Daily Star.

 

 

Planet Nibiru, Planet X

Artikel Lain