suria

Gara-gara ingin bergaya ke tadika, ibu seperti 'ingin menangis' terpaksa cuci rambut 23 kali

Rambut Thomson terpaksa dicuci dengan tepung untuk hilangkan minyak.

GARA-gara ingin kelihatan bergaya pada hari pertama ke tadika, seorang ibu terpaksa mencuci rambut anaknya sebanyaknya 23 kali.

Jaymielee Stewart,23, terkejut dengan anak lelakinya berusai 3 tahun, Lucas Thomson yang telah memakai losen Vaseline (jeli petrolium) dirambutnya.

Jaymielee terpaksa menghabiskan masa enam jam berusaha menghilangkan minyak di rambut anaknya itu dengan menggunakan pelbagai cara.

Walaupun menggunakan pencuci rambut, pelembab rambut serta tepung, ia gagal menghilangkan minyak dirambut Thomson.

"Saya boleh menangis apabila melihatnya. Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena apabila tidak menyahut ketika panggil untuk sarapan.

"Saya terus ke biliknya dan dia berkata 'lihat apa yang saya buat di rambut', dan saya seperti tidak percaya.

"Saya terus membawanya ke bilik mandi dan cuba memcucinya namun tidak ada apa yang berubah kerana ia kalis air.

"Rambutnya semua berminyak," jelas Jaymielee.

Thomson menangis selepas rambutnya dicuci.

Tambah Jaymielee, dia menghubungi ibunya Andrena Stewart,40, untuk meminta tip menghilang minyak di rambut.

Namun ibunya hanya ketawa sepanjang perbualan tersebut kerana geli hati dengan telatah cucunya itu.

"Ibu tidak membantu dan dia hanya ketawa. Jadi saya cuba mencari  idea di atas talian yang mencadangkan supaya guna bedak bayi, dan saya tidak ada.

"Jadi saya menggunakan tepung, semua jenis tepung," jelasnya sambil ketawa.

Walaupun usaha itu tidak berjaya sepenuhnya, Thomson tetap pergi ke sekolah dengan rambut yang berminyak.

Tambah Jaymielee, anaknya itu mengambil Vaseline yang digunakan sebagai pelambab bibir dan kulit di bilik tidurnya.-Mirror.uk

Rambut berminyak

Artikel Lain