suria

Beli bekas penyimpanan 390 pound tapi dapat wang tunai 5.8 juta pound

Wang tunai tersebut ditemui di dalam kotak keselamatan yang disimpan di dalam bekas penyimpanan yang dibeli sepasang suami isteri.

REZEKI terpijak. Itulah nasib sepasang suami isteri yang tiba-tiba menjadi jutawan segera gara-gara wang berjumlah 5.8 juta pound sterling yang ditemui di dalam sebuah bekas penyimpanan.

Pasangan suami isteri itu yang juga pemburu barang-barang murah membeli bekas penyimpan tersebut pada harga 390 pound sterling.

Perkara itu didedahkan oleh bintang rancangan Storage War TV, Dan Dotson dan isterinya, Laura.

Dan menjelaskan bagaimana seorang wanita membeirtahunya mengenai perkara tersebut dalam satu majlis amal di California.

Dalam video tersebut, Dan menceritakan semula perbualannya dengan wanita tersebut.

"Wanita itu berkata suaminya bekerja dengan seorang lelaki dan dia membeli satu unit bekas penyimpanan berharga 390 pound sterling yang mengandungi kotak keselamatan di dalamnya.

Wang tunai tersebut dikembalikan kepada pemilik asalnya.

"Orang pertama dipanggil untuk membuka kotak keselamatan itu tetapi tidak berjaya.

"Kemudian mereka panggil orang kedua dan kotak itu berjaya dibuka. Namun mereka terkejut apabila di dalam kotak itu mengandungi wang tunai yang banyak," katanya.

Selepas penemuan itu, pasangan tersebut dihubungi peguam kepada pemilik kotak keselamatan itu.

Dan membeirtahu wanita tersebut mendakwa pemilik kotak keselamatan itu menawarkan ganjaran sebanyak 465,000 pound sterling supaya wang tersebut dikembalikan.

Akhirnya pasangan suami isteri itu menerima wang tunai sebanyak 930,000 pound sterling sebagai ganjaran manakala baki 4.87 juta pound sterling dikembali kepada pemilik asal bekas penyimpanan tersebut. - Metro.co.uk

jutawan

Artikel Lain