suria

Lelaki patahkan kaki mangsa dahulu sebelum perkosa, bunuh budak perempuan

-Gambar hiasan

SEORANG lelaki penganggur berusia 20 tahun mengaku telah merogol dan membunuh sekurang-kurangnya sembilan budak perempuan berusia tiga dan tujuh tahun di New Delhi dan tiga bandar lain sejak dua tahun lalu, menurut polis, Rabu.

Kes ini mempunyai kaitan dengan bilangan kanak-kanak yang hilang di India setiap tahun dan menimbulkan persoalan sama ada polis mempunyai sumber yang cukup untuk menyiasat jenayah keganasan seks itu.

Pengakuan itu adalah susulan penahanan lelaki tersebut yang dituduh merogol dan membunuh seorang budak perempuan berusia tiga tahun pada 11 November di kawasan kotor dan padat, di bandar Gurugam yang terkenal dengan pusat beli-belah dan pangsapuri mewah di sempadan Delhi.

"Dia akan mematahkan kaki mangsa sebelum merogolnya. Kemudian dia akan membunuh mereka," kata Penolong sub-Inspektor dan Pegawai Perhubungan Awam polis Gurugam, Subhash Boken.

Mahkamah pada Selasa membenarkan pihak polis meremannya selama lapan hari, kata Boken, sambil menambah lelaki itu masih belum mendapatkan peguam.

Pihak polis mengaitkan tiga kes kematian kanak-kanak berdasarkan kenyataannya dan sedang menyiasat kes selebihnya, tambah Boken.

Empat daripada kes berlaku di Delhi, tiga di Gurugam dan satu kes masing-masing di bandar utara Jhansi dan bandar tengah Gwalior.

Dia tidak pernah ditahan secara rasmi dan polis India sering menuntut kejayaan dalam menyelesaikan jenayah sebelum defendan tampil untuk pengadilannya di mahkamah.

Lelaki itu berkata dia kebanyakannya menyasarkan kawasan projek dapur komuniti yang mengedarkan makanan percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Dia akan mendekati budak perempuan yang pergi mengambil makanan dan kemudian menawarkan gula-gula atau duit sebelum menculik mereka, Boken memetik lelaki itu sebagai berkata.

Lelaki yang ditahan di Jhansi, negeri Uttar Pradesh, melakukan jenayah terakhirnya di Gurugam ketika melawat kakaknya di kawasan yang sama dengan tempat tinggal mangsa, kata polis.-Asia One

rogol, budak, patah kaki

Artikel Lain