suria

Kambing lahir makhluk 'separuh manusia, separuh babi', tuannya takut!

Makhluk aneh yang dilahirkan saiznya lebih besar berbanding anak kambing yang lahir dulu sebelumnya. -fotoViralPress

SEORANG petani terkejut selepas salah seekor kambingnya melahirkan satu makhluk aneh menyerupai 'separuh manusia dan separuh khinzir'.

Josephine Repique, 40, berkata kambing biri-biri yang bunting itu melahirkan anaknya pada awal bulan di sebuah ladang kecil di Sultan Kudarat, Filipina.

Seekor anak kambing yang sihat dikeluarkan melalui kelahiran caesarian, tetapi rupa-rupanya ada satu lagi makhluk yang ganjil dilahirkan, mencetuskan rasa seram.

Binatang kecil tanpa bulu itu jauh lebih besar daripada anak kambing lain dan mempunyai kulit merah jambu yang berkilat, kaki seperti khinzir dan ia juga mempunyai pusat, sama seperti manusia.

Repique berkata ia kelihatan seperti 'khinzir, campur manusia'.

"Kami terkejut. Kami tak dapat menjelaskan bagaimana ia kelihatan seperti itu. Semua jiran kami datang untuk melihatnya."

Malangnya, ibu dan dua anak kambing yang lain mati, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa makhluk itu adalah 'syaitan mutan' yang membawa nasib yang buruk.

"Tiada siapa yang tahu apakah ia, tetapi bukan kambing. Ia menakutkan. Kami semua tertanya-tanya mengapa ia berlaku dan jika petanda buruk."

Tetapi pakar percaya bahawa kambing itu mengalami mutasi genetik dalam rahim.

Dr Agapita Salces dari Institut Sains Haiwan Universiti Filipina berkata janin itu kelihatan seperti mengalami mutasi genetik.

"Ini mungkin kes mutasi genetik. Kemungkinan juga ibu kambing itu menghidap penyakit yang dikenali sebagai demam Rift Valley akibat gigitan nyamuk dan ini menyebabkan perkembangan anak kambing terjejas." -MailOnline

kambing, babi, mutasi

Artikel Lain