suria

Hiasan krismas 'patung beruang' lucah jadi bahan jenaka netizen

LONDON: Pusat membeli-belah sudah mula memasang hiasan Hari Krismas menjelang sambutan perayaan itu, bulan depan.

Namun sebuah gedung di Isle of Man di United Kingdom mungkin agak keterlaluan dalam membuat hiasan bagi musim perayaan itu.

Gambar beruang polar (gedung) Tynwald Mills yang didirikan pada hiasan Krismas, tular di media sosial, menjadi bahan jenaka netizen yang menyifatkan kedudukan patung tersebut seperti aksi lucah.

Gedung Tynwald Mills kemudian mengeluarkan permohonan maaf di halaman Facebook pada Isnin.

"Kami mahu berterima kasih kepada para pelanggan kami kerana 'terlalu asyik' dengan Krismas tahun ini bersama beruang polar kami di atrium dan memberi jaminan kepad anda bahawa hiasan tersebut telah diubah sedikit sejak ia dipasang," menurut kenyataan itu.

"Mohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan hiasan kami yang sedikit interaktif," tambahnya. - Philippine daily Inquirer/Asia News Network

Artikel Lain