suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu disiplinkan anak, ibu paksa gadis 13 tahun bogel tepi jalan

SEORANG wanita ditahan pihak berkuasa setelah dia memaksa gadis berusia 13 tahun dipercayai anaknya, berbogel di tepi jalan.

Wanita berkenaan, Rosalie Contreras, 34, ditahan atas kesalahan penderaan kanak-kanak menerusi kejadian yang berlaku di Florida pada Khamis lalu.

Sekitar pukul empat petang pada hari kejadian, dia memandu ke satu kawasan awam di Dade City, bertujuan untuk mendisiplinkan gadis itu.

Pada mulanya, dia memaksa supaya mangsa berbogel sebelum diarahkan berjalan kaki di Jalan Townend.

Selepas itu, Contreras turut menampar wajah, menumbuk belakang badan serta memulas payudara gadis itu.

Lebih teruk, dia berbuat demikian sewaktu beberapa kenderaan melalui jalan berkenaan.

Tidak tahan dengan perlakuan suspek, gadis itu tampil membuat laporan.

Dia turut menunjukkan bukti lebam serta kecederaan di badannya kepada pihak polis.

Biarpun sudah ditahan, wanita itu sudah dibebaskan atas jaminan polis.

Dalam pada itu, pihak polis juga enggan memberi sebarang maklumat berhubung kejadian itu.

Malah, hubungan sebenar antara dua individu itu juga masih menjadi tanda tanya. - Mirror.UK.

Dera

Artikel Lain