suria

Disaksikan 40 tetamu, lelaki kahwini karakter hologram tanpa kehadiran ibu-bapa

Majlis perkahwinan itu berlangsung pada 4 November lalu. FOTO: Reuters

DIKELILINGI hampir 40 tetamu, seorang lelaki berusia 35 tahun dilaporkan berkahwin dengan karakter hologram maya, awal bulan ini.

Akihiko Kondo yang bertugas di sebuah sekolah di Jepun mengahwini karakter Hatsune Miku, 4 November lalu.

Karakter Hologram berkenaan popular di seluruh dunia dan ia merupakan perisian suara yang menyanyikan hampir 100,000 lagu.

Karakter hologram itu dimiliki oleh Crypton Future Media.

Dalam satu kenyataan kepada Fox News, syarikat itu berkata, mereka tidak terlibat dalam perkahwinan itu.

Malah, pihak mereka juga tidak tahu mengenai tindakan lelaki tersebut yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan karakter hologram berkenaan.

"Perkahwinan dengan karakter ini tiada implikasi undang-undang. Jadi, perkahwinan itu tidak patut menjadi kebimbangan kepada jutaan peminat Hatsune Mike di seluruh dunia.

"Kami melihat perkahwinan itu seperti cara dia sebagai peminat untuk meluahkan perasaannya kepada karakter berkenaan. Kami hormati keputusannya," ujar wakil syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Kondo menyifatkan perkahwinan itu sebagai satu bentuk kebahagian dan cara berbeza untuk dia meluahkan cinta.

"Kebahagian sebenar melibatkan pasangan lelaki dan perempuan, dapat kahwin. Tapi bagi saya tak semua perlu ikut macam tu untuk gembira," ujarnya kepada Reauters.

Sewaktu majlis itu, dia menghadiahkan cincin kepada karakter itu.

Bagaimanapun, ibu-bapa Kondo tidak hadir pada majlis itu.- Fox News.

 

Hatsune Miku, Akihiko Kondo, Hologram

Artikel Lain