suria

CIA menyimpulkan Putera Mahkota Saudi arah bunuh Khashoggi

Khashoggi dibunuh ketika berada di konsulat Saudi di Istanbul.

AGENSI Perisikan Pusat (CIA) menyimpulkan bahawa Putera Mahkota Saudi, Mohammad bin Salman merupakan individu yang mengarahkan pembunuhan dilakukan ke atas wartawan Jamal Khashoggi, lapor Washington Post.

Washington Post berkata, pegawai Amerika Syarikat (AS) berkeyakinan tinggi terhadap penilaian CIA kerana ia adalah kesimpulan paling sahih setakat ini.

Laporan itu mengaitkan pemimpin Arab Saudi tersebut terlibat dalam pembunuhan berkenaan demi menyukarkan usaha Presiden Donald Trump untuk mengekalkan hubungan antara AS dengan salah satu sekutu Amerika paling rapat di rantau itu.

Putera Mahkota Saudi. - AFP/Getty Images

Bagaimanapun, agensi berita Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera, namun seorang sumber yang arif dengan penilaian perisikan AS memberitahu Reuters bahawa pakar kerajaan AS menilainya dengan penuh yakin bahawa putera mahkota tersebut mengarahkan operasi yang membawa kepada kematian Khashoggi agar dilaksanakan.

Dalam pada itu, Rumah Putih enggan memberikan komen tentang laporan oleh Washington Post itu dengan mengatakan ia adalah urusan perisikan.

Khashoggi yang merupakan seorang kolumnis kepada Washington Post dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober ketika beliau hadir untuk mengambil dokumen yang diperlukan bagi mengahwini seorang wanita Turki. - Mirror UK

Jamal Khashoggi

Artikel Lain