suria

Ibu OKU didenda RM1,290 kerana bawa anak pergi bercuti ketika sesi persekolahan

Sabrina dan anaknya, Kai. - Foto EVENING GAZETTE

SEORANG ibu didenda 240 pound sterling (RM1,290) kerana mengambil anaknya keluar dari sekolah untuk menikmati percutian keluarga sehingga pelajar tersebut terlepaskan sesi pembelajaran selama setengah hari.

Sabrina Thompson mendakwa bahawa dia memaklumkan kepada kakitangan sekolah bahawa anaknya Kai, 8, akan terlepas sesi pagi di sekolah Zetland Primary di Redcar, North Yorkshire, United Kingdom (UK).

Keluarga itu kembali daripada percutian di taman tema Flamingo Land.

Kai juga terlepas sesi petang pada hari pertama penggal tersebut bagi menghadiri temujanji hospital untuk memakai penganduh pada kakinya, kata ibunya kepada Teesside Live.

Kini, Sabrina dan suaminya, Jonathon, yang kedua-duanya merupakan orang kelainan upaya (OKU) telah dikenakan denda kerana mengambil Kai bercuti pada persekolahan.

Sabrina, bekas ahli majlis dan gabenor sekolah Redcar dan Cleveland, berkata temujanji hospital itu diadakan selepas sekolah selesai iaitu pada pukul 4 petang.

Tetapi, katanya, lebih banyak masa diperlukan untuk mengambil Kai yang mempunyai keperluan pendidikan khas untuk ke ke James Cook University Hospital di Middlesbrough kerana masalah kekurangan yang dimiliki oleh dia dan suaminya.

Ibu tersebut berasa alasan itu adalah kukuh untuk mengecualikan keluarga mereka daripada didenda.

Bagaimanapun, sekolah berkata denda tidak akan dikeluarkan jika Kai pergi ke sekolah pada waktu petang untuk menerima markahnya sebelum pergi ke hospital. - Mirror UK

denda

Artikel Lain