suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita anjur majlis, letupkan baju kahwin selepas bercerai

-foto FB Carla Santleben.

SEORANG wanita di Texas mengadakan pesta selepas perceraiannya dimuktamadkan.

Acara kemuncak pesta itu adalah meletupkan pakaian perkahwinannya.

Kimberly Santleben-Stiteler menghimpunkan ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk majlis itu yang diadakan di ladang bapanya pada malam 10 November lalu.

Majlis ini diadakan selepas dia yang bersama suaminya selama 14 tahun akhirnya bercerai.

Kakak kepada Santleben-Stiteler, Carla, berkongsi video di Facebooknya menunjukkan bagaimana pakaian itu diletupkan, dengan tetamu yang hadir kemudian bersorak.

"Saya mahu mengeluarkan semua benda berkaitan perkahwinan kami dari rumah ini," kata Santleben-Stiteler kepada The Fort Worth Star-Telegram.

"Gambar di loteng, cincin di tempat selamat (tetapi mungkin akan menjualnya) dan pakaian yang saya mahu bakar."

Walaupun dia menerima cadangan daripada rakan dan ahli keluarganya supaya mendermakan saja pakaian itu, wanita itu nekad untuk membakarnya.

"Bagi saya pakaian itu mewakili satu pembohongan," kata Santleben-Stiteler dalam laporan itu.

Dia mendapat bantuan bapa dan adik iparnya untuk menyediakan bahan letupan tersebut. Untuk meletupkan pakaian itu dia menggunakan Tannerite yang menelan kos AS$200 (RM838).

Santleben-Stiteler berkata dia terpaksa berlatih untuk menyasarkan pakaian itu, kerana keluarganya tidak pasti meletupkan pakaian dari jarak 100 meter sudah cukup selamat.

Dia bagaimanapun berjaya meletupkannya dengan sekali percubaan. -AsiaOne

cerai, baju kahwin, letup

Artikel Lain