suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 7,000 isi rumah masih tonton siaran TV hitam putih

Terdapat 7,161 isi rumah yang menonton siaran televisyen hitam putih di UK. - Foto NC

SUDAH lebih setengah abad masyarakat di seluruh dunia menonton siaran televisyen berwarna, namun lebih 7,000 orang di United Kingdom (UK) masih menonton siaran hitam putih, menurut Pelesenan TV negara itu.

Seramai 7,161 isi rumah di UK tidak menukar transmisi warna televisyen mereka walaupun televisyen dan telefon pintar serta tablet semakin meluas  digunakan.

Jurucakap Pelesenan TV, Jason Hill berkata: "Lebih separuh daripada TV di UK mendapat sambungan internet, jadi ia sesuatu yang menarik apabila lebih 7,000 isi rumah masih memilih untuk menonton rancangan kegemaran mereka dalam warna hitam dan putih."

Dia turut memberi amaran bahawa lesen diperlukan untuk semua televisyen, termasuk memuat turun program BBC ke sebarang komputer, tablet atau telefon.

Bulan lalu, Pelesenan TV berkata, lebih 26,000 orang antara umur 18 dan 25 tahun dikenal pasti menonton siaran langsung televisyen atau BBC iPlayer tanpa lesen pada tahun lalu. - Sky News

siaran hitam putih

Artikel Lain