Tragis... budak lelaki meninggal dalam pesawat, di pangkuan ibu selepas buat umrah - Dunia | mStar

Tragis... budak lelaki meninggal dalam pesawat, di pangkuan ibu selepas buat umrah

Gambar hiasan. -foto Alamy

SEORANG budak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dalam penerbangan selepas mengikut ahli keluarganya menunaikan umrah di Makkah.

Yahya Puthiyapurayil diserang epilepsi, 45 minit selepas berlepas dari Jeddah menaiki penerbangan Oman Air menuju Kozhikode di Kerala, kata bapa saudaranya kepada Khaleej Times.

Pesawat membuat pendaratan kecemasan di Abu Dhabi pada petang Isnin selepas kejadian tragis itu, syarikat penerbangan itu mengesahkan.

"Dia demam sedikit ketika menaiki penerbangan dari Jeddah dan diserang sawan di udara.

"Dia meninggal dunia di pangkuan ibunya, keluarganya sangat sedih," kata bapa saudara budak lelaki itu, Mohammed Nadeer yang tinggal di Abu Dhabi.

Yahya adalah anak lelaki kepada pasangan Muhammad Ali dan Jubairiah, yang juga menaiki pesawat bersamanya. Pasangan ini mempunyai tiga anak dan Yahya adalah anak bongsu.

Menurut Mohammed Nadeer, Yahya adalah seorang kanak-kanak istimewa yang tidak boleh berjalan atau bercakap.

"Dia berkerusi roda dan telah menjalani rawatan sejak lahir," katanya.

Dia menyertai rombongan keluarga yang terdiri daripada 13 orang termasuk ibu bapanya menunaikan umrah.

Seorang pegawai kedutaan India berkata jenazah budak lelaki itu dihantar pulang awal pagi Selasa dengan penerbangan Etihad.

Jenazahnya tiba di Kannur dan pengebumian dilakukan pada sebelah petang, menurut saudara-maranya.

"Kami dimaklumkan mengenai insiden tragis itu pada petang Isnin. Kami bercakap dengan pegawai imigresen di Abu Dhabi bagi memudahkan urusan visa untuk bapanya. Kira-kira jam 10.30 malam urusan formaliti selesai.

"Kami membuka kedutaan di malam hari untuk urusan pembatalan pasport budak lelaki itu, pendaftaran kematian dan mengeluarkan surat tanpa bantahan untuk membawa jenazah ke India," kata Konsular di kedutaan M.Raja Murugan kepada Khaleej Times.

umrah , meninggal , sawan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT