suria

Lelaki suntik silikon pada testis temui ajal

Jack Chapman maut gara-gara obses dengan saiz buah zakarnya.

SEORANG lelaki maut selepas menyuntik silikon pada buah zakarnya.

Jack Chapman yang juga dikenali sebagai Tank Hafertepen memuat naik gambar menunjukkan testisnya yang membengkak, kesan suntikan silikon tersebut.

Namun amalan itu amat berbahaya dan sijil kematian warga Australia berusia 28 tahun itu ditulis 'sindrom suntikan silikon' sebagai punca kematiannya.

Chapman turut meninggal dunia akibat masalah paru-paru.

Suntikan silikon pada alat kelamin boleh menyebabkan bengkak luar biasa, kecacatan pada zakar dan pengumpulan cecair dan pendarahan di dalam paru-paru.

Beberapa individu dilaporkan maut selepas menyuntik silikon pada punggung mereka.

Amalan suntikan silikon pada buah zakar lelaki jarang berlaku tetapi amat membahayakan.

Chapman dilaporkan terlibat dalam hubungan songsang semasa tinggal di San Francisco dan Seattle, Amerika Syarikat.

Ibunya, Linda Chapman menyalahkan Dylan Hafertepen, seorang blogger homoseksual sebagai punca kematian anak lelakinya itu. - Metro.co.uk

testis, silikon

Artikel Berikut

Artikel Lain