Meghan, Putera Harry dedah sebab umumkan kehamilan ketika lawatan diraja - Dunia | mStar

Meghan, Putera Harry dedah sebab umumkan kehamilan ketika lawatan diraja

Pasangan diraja itu gembira untuk berkongsi kehamilan mereka. - Foto Ian Vogler/ Daily Mirror

MEGHAN MARKLE dan Putera Harry mengejutkan peminat di seluruh dunia dengan mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama pada malam Jelajah Diraja mereka.

Ramai yang percaya mereka merancang keluarga kerana khuatir terdedah dengan risiko virus Zika di negara-negara yang dikunjungi mereka.

Tetapi pengumuman itu dibuat tidak lama selepas mereka tiba di Australia.

Ramai juga yang mengkritik pasangan itu kerana berkongsi berita gembira hanya beberapa hari selepas perkahwinan sepupu Harry iaitu Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank berlangsung.

Namun, kini pasangan itu mendedahkan sebab mereka memberitahu semua orang mengenai berita itu.

Peminat diraja sangat gembira untuk pasangan itu. - Foto PA

Semasa dokumentari ITV tentang lawatan mereka yang melibatkan 76 pertemuan selama 16 hari, Harry menjelaskan bahawa mereka hanya menganggap lokasi itu sempurna untuk pengumuman itu dibuat.

Bercakap di Admiralty House pada hari pertama, Duke berkata: "Kami berdua benar-benar gembira berada di sini dan kami juga tidak dapat memikirkan tempat yang lebih baik untuk mengumumkan kehadiran bayi ini. Jadi, terima kasih banyak."

Membuat pengumuman sebelum lawatan tersebut bermula bermakna pasangan itu dibanjiri dengan pelbagai hadiah untuk bayi semasa mengadakan lawatan ke Australia, Fiji, Tonga dan New Zealand.

Hadiah pertama adalah kanggaru mainan, diikuti oleh banyak buku, beruang teddy, pakaian mini dan sepatu kecil Wellington.

Menurut Mirror UK, pihaknya tidak mempunyai maklumat tentang usia kandungan Meghan, namun Istana Kensington mengatakan bahawa bayi diraja itu akan dilahirkan pada musim bunga.

Meghan Markle

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain