suria

Wanita sambut Halloween terima padah selepas gigi palsu pontianak gagal ditanggalkan

PERHIASAN Halloween bernilai 3 dolar Amerika (RM12.50) yang dibeli oleh seorang wanita Alabama, Amerika Syarikat menjadi satu igauan yang sukar dilupakan apabila gigi palsu puntianak yang dipakainya gagal ditanggalkan.

Anna Tew dari Mobile County mendakwa dia menggunakan gam sementara yang dijual bersama gigi palsu yang dibeli di sebuah kedai.

Anna berkata, usahanya untuk menanggalkan gigi palsu itu berlanjutan sehingga pukul 2 pagi.

"Saya juga mengambil sepasang gunting kawat dan memotong bucu gigi palsu itu," katanya kepada WKRG.

Kesakitan yang semakin melampau menyebabkannya mencari doktor gigi bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Doktor gigi, Dr. John Murphy yang merawatnya memberitahu, bentuk semula jadi gigi dan gusi kadang-kadang dapat menyebabkan produk seperti itu tersekat.

Tew berkata itulah kali terakhir dia menggunakan gigi palsu dan berharap orang lain belajar daripada pengalamannya.

"Saya tidak akan melakukannya lagi. Saya tidak akan meletakkan apa-apa lagi dalam mulut saya," katanya. - Fox News

Halloween

Artikel Lain