suria

Henti sebar berita palsu nahas Lion Air JT610

Gambar bayi terselamat yang tersebar di media sosial bukan mangsa nahas pesawat Lion Air JT610.

JAKARTA: Indonesia memberi amaran kepada pengguna media sosial agar tidak menyebarkan berita palsu berhubung nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang pada Isnin.

“Demi kita semua, tolong jangan sebarkan gambar mangsa dan berita palsu. Tolong bersikap bijak,” ujar jurucakap agensi pencegahan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho di Twitter.

Sutopo mengetengahkan sejumlah gambar dan video yang tersebar, termasuk muat naik Facebook menunjukkan gambar bayi memakai jaket keselamatan diselamatkan dari bangkai pesawat.

Satu daripada gambar yang dikongsi hampir 5,000 kali dalam tempoh 24 jam memberi butiran mengenai usaha menyelamat.

“Ada banyak tulisan media sosial yang mendakwa menunjukkan imej seorang bayi terselamat dalam nahas JT610.

“Gambar ini sebenarnya menunjukkan bayi yang diselamatkan daripada bot karam pada Selasa 3 Julai 2018. Justeru, maklumat ini palsu. Tolong jangan sebarkan berita palsu,” katanya. - straitstimes.com

Lion Air, JT610

Artikel Lain