suria

Kerap dedahkan penamat buku yang sedang dibaca rakannya, saintis lelaki cedera ditikam

Gambar hiasan (Freepik.com)

PERSAHABATAN dua saintis yang berpangkalan di Antartika berakhir dengan satu tragedi berdarah, baru-baru ini.

Dua saintis itu, Sargey Savitsky, 55, dan Oleg Beloguzov, 52, menghabiskan bertahun-tahun di lokasi itu untuk menjalankan kajian.

Di waktu lapang pula, mereka berdua gemar membaca buku.

Namun, sikap Beloguzov yang suka bercerita mengenai pengakhiran buku sebelum sempat dibaca oleh Savitsky ternyata menimbulkan kemarahan.

Tidak tahan dengan sikap itu, Savitsky akhirnya menikam Beloguzov sehingga lelaki itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi sebuah hospital.

Malah, Beloguzov juga mengalami kecederaan parah di dada dan hatinya.

Savistky pulang ke rumahnya di St Petersburg sejurus kejadian itu sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.

Dia juga dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan cubaan membunuh. - Mirror.

Antartika, Saintis, Bunuh

Artikel Lain