suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua bayi, seorang kanak-kanak antara 189 penumpang pesawat terhempas

Waris penumpang pesawat Lion Air tidak dapat menahan sebak sebaik dimaklumkan mengenai insiden itu

DUA bayi dan seorang kanak-kanak antara 189 mangsa yang dilaporkan menaiki pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang, awal pagi Isnin.

Pesawat tersebut turut membawa 178 penumpang dewasa, dua juruterbang dan juga enam anak kapal.

Agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia dilaporkan menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa.

Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari mangsa di kawasan tersebut.

Reaksi salah seorang waris mangsa yang mengharapkan keajaiban berlaku.

Agensi bencana Indonesia turut memuat naik beberapa keping foto barangan seperti telefon, buku, bag dan bahagian pesawat yang dikutip oleh pasukan pencarian ke laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Serpihan pesawat Lion Air, barangan milik mangsa ditemui di perairan Indonesia.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini. - Theguardian.com

Lion Air

Artikel Lain