suria

Bekas peserta Ratu Cantik Thailand antara maut nahas helikopter

SALAH seorang daripada lima mangsa nahas helikopter terhempas di tempat letak kereta di Stadium King Power dikenal pasti sebagai Nusara Suknamai, bekas peserta Ratu Cantik Thailand.

Berasal dari Bangkok, Suknamai, 33, bersama dengan pemilik Leceister City, Vichai Srivaddhanaprabha di dalam helikopter tersebut.

Turut berada di dalam helikopter tersebut adalah juruterbang Eric Swaffer yang juga bersama dengan kekasihnya, Izabela Roza Lechowicz, juga seorang juruterbang.

Nusara Suknamai.

Kaveporn Punpare yang juga kakitangan Srivaddhanaprabha bersama dengan Suknamai turut maut dalam nahas itu.

Instagram Suknamai memaparkan gambarnya bersama dengan beberapa pemain Leicester termasuk pemain kebangsaan England, Harry Maguire dan Jamie Vardy.

Dia turut bergambar bersama dengan penjaga gol Kasper Schmeichel dan pengurus England Gareth Southgate.

Suknamai bersama trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi Leicester City pada 2015-2016.

Pada Jumaat, Suknamai memuatnaik gambarnya berlatarbelakangkan jalan terkenal di Chelsea, King Road.

Suknamai menyertai pertandingan Ratu Cantik Thailand pada 2005 dengan memenangi tempat kedua.

Dia turut dinobatkan sebagai Miss Intercontinental Thailand. - The Mirror

Nusara Suknamai, Leicester City

Artikel Lain