suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Jangan rindu saya sangat" - pesanan terakhir 'abang motor' kepada kekasih sebelum maut bergesel dengan lori

Liam maut setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. (Gambar hiasan)

PILU, namun apakan daya, segala yang terjadi sudah tertulis sebagai takdir.

Begitulah kisah seorang gadis yang kehilangan teman lelakinya dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan motor dan lori, Khamis lalu.

Menurut Katie, tiga hari terakhir sebelum kemalangan itu disifatkan sebagai detik-detik paling indah hidupnya.

Namun, ucapan terakhir Liam Holding, 24, pada pagi sebelum kejadian ternyata membuat Katy begitu sedih.

"Sebelum dia keluar menaiki motor pagi itu, dia kucup saya. Dia pesan, cuba belajar untuk tak rindu sangat pada dia," ujar Katie.

Katie bersama Liam.

Mendedahkan perkenalannya dengan jejaka itu, Katie berkata, mereka sama-sama memiliki minat terhadap motorsikal.

"Saya post gambar bersama motor di media soail dan di situ dia jumpa saya. Dia komen dan mesej saya. Sejak itu kami mula bercinta," ujarnya lagi.

Selepas kematian Liam, Katie memuat naik rakaman nyanyiannya, dedikasi buat jejaka itu menerusi aplikasi Smule dan ia ternyata menarik perhatian ramai.

Menurut Katie, dia menyanyikan lagu In The Arms Of The Angels sebagai tribut buat lelaki yang dicintainya itu.

"Saya memang suka menyanyi. Tapi Liam banyak mendorong saya.

"Saya rasa berdebar untuk nyanyi tapi saya yakin dia sedang tersenyum melihat saya." kata Katie lagi.-Mirror.UK.

Kemalangan, Smule

Artikel Lain