suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja lelaki perkosa kanak-kanak 6 tahun dalam bas sekolah

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan dirogol di dalam sebuah bas sekolah, bulan lalu.

SEORANG remaja 15 tahun ditahan pihak berkuasa kerana melakukan jenayah seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, dalam sebuah bas sekolah di Bellefontaine, Ohio.

Kejadian pada 24 Oktober lalu terbongkar apabila kanak-kanak berkenaan mengadu mengenai kejadian itu kepada ibu-bapanya, sejurus pulang.

Menurut pejabat ketua polis Logan County, remaja berkenaan kini berhadapan dengan dakwaan rogol dan salah laku seksual.

Dalam satu kejadian berasingan di Kent, Canterbury, polis kini giat memburu seorang pemuda berusia 35 tahun atas dakwaan merogol kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 27 September lalu di sebuah apartmen yang didiami kanak-kanak itu bersama ibunya serta lelaki berkenaan.

Malah, jiran-jiran mendakwa lelaki tersebut turut melakukan perbuatan jijik berkenaan di kawasan luar rumah, disebalik sebatang pokok.

Lelaki berkenaan melarikan diri dan disyakki berada di California.

Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.-Seattlepi/Wtrf.Com.

Rogol, Kanak-Kanak

Artikel Lain